Cart 0

Lencana Edisi Terhad Peringatan PA Ulang Tahun Ke-10 untuk Peeos Aquatic tahun 2016 - 2026 Sayangilah Haiwan 1000pcs

RM 100.00
🏅 Lencana Peringatan Ulang Tahun Ke-10 PEEOS AQUATIC (2016–2026)
Edisi Terhad – Hanya 1000 Unit di Seluruh Dunia

Raikan satu dekad perjalanan PEEOS AQUATIC dengan lencana peringatan eksklusif yang direka khas sempena Ulang Tahun Ke-10. Lencana koleksi ini bukan sekadar simbol penghargaan kepada pelanggan dan penyokong kami sejak tahun 2016, kami mengambil peluang ini membawa mesej kasih sayang terhadap haiwan serta kepentingan menjaga kebajikan haiwan.

Reka bentuknya menggabungkan elemen air, tumbuhan, kucing, ibu anjing bersama anak-anaknya serta slogan "SAYANGILAH HAIWAN", melambangkan kasih sayang terhadap haiwan terbiar dan menggalakan kita beri kebajikan dan perhatian kepada mereka yang tidak dapat bersuara.

Kejadian penderaan anjing liar bernama Wang Wang di Jieyang, China, pada 28 Jun 2026 mengingatkan kita bahawa haiwan terbiar seperti wang Wang memerlukan perhatian dan bantuan daripada orang ramai. Namanya 'Wang Wang' (旺旺) menjadi tanda peringatan bahawa setiap makhluk di bumi ktia berhak hidup dengan selamat, dihargai, dan dilindungi daripada penderaan. Kes ini turut mencetuskan kemarahan global dan menggesa agar undang-undang perlindungan haiwan diperkukuhkan . Semoga lencana ini menjadi simbol kesedaran untuk kita semua agar terus menyayangi dan melindungi haiwan.

Ciri-ciri Produk
🏅 Lencana Peringatan Ulang Tahun Ke-10 PEEOS AQUATIC
🎉 Sempena 10 Tahun PEEOS AQUATIC (2016–2026)
🌍 Edisi Terhad – Hanya 1000 Unit
🐾 Reka bentuk eksklusif bertemakan "Sayangilah Haiwan"❤️
🌊 Menampilkan unsur air, tumbuhan dan haiwan sebagai simbol kehidupan serta kelestarian
🎁 Sesuai dijadikan koleksi, hadiah atau cenderamata istimewa

Makna Reka Bentuk:
💧 Air – Melambangkan kehidupan dan kelestarian ekosistem.
🌱 Anak Pokok & Tumbuhan – Simbol pertumbuhan, harapan dan masa depan yang lebih hijau.
🐱 Kucing – Melambangkan kasih sayang serta komitmen terhadap kebajikan haiwan.
🐶 Ibu Anjing & Anak-Anak – Simbol kasih sayang tanpa syarat, perlindungan dan tanggungjawab.
🐾 Tapak Kaki – Lambang kasih sayang dan komitmen terhadap kebajikan haiwan.
❤️ SAYANGILAH HAIWAN – Mengingatkan kita bahawa setiap haiwan berhak menerima kasih sayang, perlindungan dan kehidupan yang lebih baik.

📦 Kandungan Pakej
1 × Lencana Peringatan Ulang Tahun Ke-10 PEEOS AQUATIC

SPESIFIKASI:
Material : Zinc Alloy,
Saiz : Radius 5cm x Tebal 2mm

❤️ Terima Kasih
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan PEEOS AQUATIC sejak tahun 2016. Semoga lencana edisi terhad ini menjadi kenangan istimewa yang memperingati sedekad perjalanan kami bersama anda serta menyebarkan mesej "Sayangilah Haiwan" kepada lebih ramai masyarakat.