Cart 0

9 Tip Membeli Atas Talian | Online Shopping

9 Tip Membeli Atas Talian | Online Shopping

SEMAK DAHULU, BAYAR KEMUDIAN

1. Pilih Laman Web Berdaftar.

2. Semak Maklumat Perniagaan On-Line tersebut dengan SSM.

3. Buat perbandingan harga.

4. Semak Testimonial.

5. Dapatkan maklumat peribadi penjual termasuk nama, nombor telefon, alamat tetap.

6. Ambil kira kos sampingan termasuk kos penghantaran, nilai mata wang.

7. Kaedah bayaran.

8. Semak terma dan syarat

9. Simpan semua bukti pembelian.



Cerita tepi, admin pernah terkena 2 kali scam online.

Kali pertama sebagai penjual baru di website LELOXX tahun 2015, disebabkan tidak jelas dengan sistem pembayaran website tersebut, saya telah Pos Laju 2nd hand camera DSLR canon bernilai RM500 ( Harga beliu RM1500 ). Selepas pos baru tau pembeli belum bayar  ,  saya segera SMS dan HUNBUNGI number hp dia untuk hantar balik bungkusan tetapi gagal  . Admin website LELOXX hanya suruh saya blacklist scammer ini   kerana barang sudah dihantar tidak ada apa2 boleh buat lagi. Saya memberi SMS amaran akan buat polis repot kerana mempunyi maklumat I.C. dia . Namun hanya bazir tenaga, selepas beberapa hari lalu dia langsung tidak balas saya. LAST, saya tidak buat polis repot kerana dapati dia masih budak lagi di bawah umur ( Manatau kemungkinan IC tu cuma scammer sebenar yang pinjam orang lain ), bagi peluang haraplah dia akan bertaubat satu hari nanti. 😊  budak sekolah menengah sekarang sudah pandai tipu   

Kali kedua, saya mencari hp 2nd hand di website MUDXX tahun 2019. Sekian survey, saya minat dengan seorang penjual menawar harga menarik yang terendah   banding lain. Masa ini saya bukan lagi pembeli online baru, sudah biasa beli bankin dan COD, saya amat yakin   dengan pembelian kali ini seperti biasa. Saya cuba mendapatkan IC pembeli tersebut tetapi dia enggan beri dengan alasan tidak percaya saya   dan tidak akan jual kalau minta bagi IC, tanpa meragui lagi saya teruskan untuk buat bayaran kerana begitu yakin dengan nama bank akaun penjual yang guna SSM  . Semasa membuat online transfer didapati website terus tutup transaksi  , cuba 3 kali pun sama  , masa ini baru saya mula fikir mungkin ini scammer  , cuba search akaun dia di https://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ . Ya, scammer betul ini, nyaris ditipu  , nasib baik akaun dia sudah diblacklistkan oleh Bank Negara Malaysia, jadi transaksi kepada number akaun ini akan dibatal sendiri oleh sistem bank.


Nasihat saya kepada semua: 


(1) Sebagai penjual online,
a) daftar SSM dan buka akaun credit guna nama SSM.
b) pastikan pembeli buat bayaran dan duit telah masuk akaun bank baru membuat penghantaran.
c) bagi IC dan butiran lain jika diminta.
d) sertai platform popular semasa seperti Lazada, Shopee, dll.

e) jika ada menerima bankin yang diminta balik kerana "tersilap"  transaksi ke akaun, JANGAN bagi balik terus ! Buatlah screeshot mesej, minta IC dan butiran peribadi dia, minta sebab dia buat transaksi tersilap, minta bank akaun number yang buat transaksi masuk dan keluar, hubungi bank tersebut utk buat pengesahan, buat juga polis repot dan bagi tau dia akan bayar balik setelah semua repot siap. Sebab ini mungkin teknik scammer yang pinjam akaun kita buat transaksi tipu mangsa lain, akan akibatkan akaun kita terkena blacklist BNM. 


(2) Sebagai pembeli online,
a) minta butiran peribadi penjual terutamanya di platform yang tiada PAYMENT GATEWAY.
b) jangan tamak dengan tawaran harga terlalu murah.
c) semak bank akaun tersebut di website ccid ( kalau tak ada rekod masih ada peluang ialah scammer ).
d) klau tak yakin, minta COD ( Cash On Delivery ) 

e) buka video chat dan guna sceenrecorder rakam muka penjual utk simpan sebagai bukti. 
f ) amalkan simpan bukti membeli di dalam CLOUD DRIVE.
g) sebelum membuat transaksi online, pastikan website ada "S" untuk http& sijil security seperti SECTIGO di alamat. Sijil security COMODO ( Nama baru SECTIGO )  ini adalah wajib utk semua website yang minta pasang servis MAYBANK PAY payment gateway kerana dipercayai amat tahap pelindungan pembayaran terbaik buat masa kini.



Older post Newer post